Sulit
2 tahun
Mengantuk yang tak terkawal
Nama sy Fairus. Sy ada masalah mengantuk yg tak terkawal(rasanya)…asal masuk waktu senja nak ker malam mesti gelisah sebab akan mengantuk bila drive@melakukan sesuatu kerja…sekarang telah terbawa² ker waktu siang…masalah ini dikategorikan sebagai apa ya? Ada x jalan penyelesaiannya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, masalah mengantuk dan lemah badan boleh disebabkan oleh beberapa kondisi, seperti:
- Psikologikal
- Tidur yang tidak mencukupi dan tidak berkualiti
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Penyakit bipolar
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Hipotiroid
- Obstructive sleep apnea
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami tidak dapat memberikan kata yang tepat mengenai punca mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh lakukan beberapa perkara ini untuk mendapatkan tidur yang cukup:
- Tidur pada waktu yang sama pada setiap malam
- Elakkan daripada menggunakan gajet sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur
- Pastikan suasana bilik tidur selesa dan gelap
- Menyegarkan diri sebelum tidur
- Mengamalkan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat jika pekara ini belarutan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.