Sulit
3 tahun
Penyakit Obstructive Sleep Apnea (OSA)
Saya telah disahkan mengalami penyakit osa dan kini sedang dalam rawatan di hospital putrajaya. Saya kini telah mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti kebas-kebas tangan dan kaki,sering sesak nafas dan kurang bersemangat atau lesu diwaktu pagi.Untuk makluman doc saya tidur skrg ini mengunakan mesin CPAP, dan pernah dua kali ditahan ward kerana cap dan unstable angina serta copd.kini kesihatan saya semakin lama semakin merosot… jadi apa pandangan doc dan rawatan apakah yg perlu saya lalui… terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami akan cuba membantu anda
Untuk pengetahuan anda, penyakit OSA ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan jika tidak dirawat dengan rapi seperti:
- Tekanan dara tinggi pulmonari - iaitu tekanan darh tinggi kepada saluran darah paru-paru
- Kegagalan pernafasan
- Kegagalan jantung akibat kegagalan pernafasan
- Tidur mikro - sekiranya memandu, boleh menyebabkan kemalangan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.