Sulit
3 tahun
Susah untuk tidur dan kurang tidur
saya berumur 29 tahun. beberapa minggu ini saya hanya boleh tidur kurang dr 5 jam sehari. jika saya terjaga tidur pada waktu pagi, susah untuk saya tidur semula. saya perlu mengambil masa yg lama untuk tidur kembali. Walaupun saya rasa mengantuk , saya masih tidak dapat tidur. kepala saya sentiasa bekerja dengan memikirkan segala hal dan masalah peribadi. Ini menyebabkan saya berasa saya tidak tidur pada malam itu.saya tidur dalam keadaan berfikir dan terjaga juga dalam keadaan berfikir.
saya cuba untuk tidur pukul 9 malam setiap hari. Tapi saya hanya boleh tidur selepas jam 12 tengah malam. Adakah saya perlu berjumpa dengar pakar psikiatri berdasarkan keadaan saya ini?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika anda perlu merujuk kepada pakar psikiatri untuk masalah kesukaran tidur anda yang disebabkan oleh kerisauan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah gangguan emosi sering memberi kesan kepada kesihatan fizikal. Seperti yang anda lalui, kerisauan yang melampau boleh menggangu tidur anda. Masalah seperti gangguan tekanan, keresahan dan kemurungan sering dikaitkan dengan gangguan tidur. Namun, masalah kesukaran tidur juga boleh berpunca daripada :
- Pengambilan kafein secara berlebihan
- Stres kerja
- Melihat skrin sebelum tidur
- Jadual waktu tidur yang tidak tetap
- Suasana bilik tidur yang tidak kondusif
- Gaya hidup kurang aktif
Kami menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor supaya masalah tidur anda daapt diatasi. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama pakar psikiatri kami berkenaan masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.