Sulit
3 tahun
Tidur yang lena dan mencukupi
saya ada masalah sukar tidur dlm masa yg lama. selalunya saya hanya tidur 5 jam atau kurang. saya ingin tidur 7 jam sehari tapi saya tidak dapat melakukannya. apakah cara yang berkesan untuk dapat tidur yg mencukupi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa cara untuk perbaiki kualiti tidur anda adalah seperti berikut:
- Selaraskan jadual tidur anda. Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari (termasuk hujung minggu). Jangan anggap bahawa anda boleh gantikan kekurangan tidur anda dengan masa tidur yang lebih panjang pada masa anda tidak bekerja. Tidur tambahan pada hari cuti mungkin boleh mambantu anda berasa lebih baik, tetapi, ia boleh merosakkan rithma bangun-tidur badan anda.
- Sediakan badan anda untuk tidur. Gunakan sejam sebelum tidur untuk masa senyap (sila pastikan TIADA televisyen, TIADA telefon bimbit, TIADA kerja).
- Elakkan hidangan yang besar beberapa jam sebelum tidur (snek ringan boleh diambil).
- Elakkan nikotin (contohnya, rokok), kafeina (contohnya, teh, kopi, coklat) dan minuman alkohol
- Beraktiviti fisikal sepanjang hari – (bersenam) (tetapi, jangan buat senaman kuat 2–3 jam sebelum tidur).
- Elakkan ubat yang boleh menangguhkan atau mengganggu tidur anda. Jika anda mengambil ubat, bincang dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada ubat-ubat itu yang penyebab anda kekurangan tidur.
- Pastikan suasana sesuai untuk tidur. Pastikan bilik tidur senyap, dingin dan gelap.
- Mandi air panas sebelum tidur.
- Bersantai sebelum tidur (contohnya, membaca buku atau mendengar musik yang menenangkan).
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.