Limyuen

6 tahun

Merokok dan sakit kepala

Hi…doktor saya nak tnya bg pihak suami saya.suami saya selalu sakit kepala di bahagian belakang sebelah kanan…suami saya seorang perokok…

Hai dan selamat pagi untuk anda. Terima kasih atas soalan anda bagi pihak suami. Sakit kepala boleh disebabkan pelbagai faktor. Ia disebabkan oleh apa-apa faktor yang boleh merangsang reseptor sakit di dalam kepala atau leher yang seterusnya akan menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor yang mampu menyebabkan sakit kepala termasuklah merokok, jangkitan kuman atau virus, ketegangan otot, stres, diet yang tidak sihat, masalah penglihatan, ketidak stabilan hormon-hormon di dalam badan, ubat-ubatan, masalah pada sistem pendengaran dan pernafasan, masalah sistem saraf, tekanan darah tinggi, suhu badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, bunyi bising dan cahaya yang melampau, kekurangan air di dalam badan, trauma pada kepala atau leher dan banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala.

Secara ringkasnya, sakit kepala terbahagi kepada dua jenis iaitu sakit kepala primer dan sakit kepala sekunder. Sakit kepala primer adalah disebabkan sakit kepala kepala ketegangan, sakit kepala berkelompok dan serangan migrain. Ia bukan disebabkan masalah kesihatan yang lain. Manakala sakit kepala sekunder pula disebabkan masalah kesihatan seperti jangkitan kuman atau virus dan tekanan yang meningkat di dalam tengkorak disebabkan ketumbuhan atau pendarahan subaraknoid.

Salam sejahtera, pasti puan risau dengan masalah yang dihadapi oleh suami puan. Seorang perokok mempunyai risiko yang tinggi dalam pelbagai penyakit. Masalah sakit kepala adalah perkara yang sering dihadapi oleh perokok baik aktif mahupun pasif.

Seorang perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit barah. Namun begitu seorang perokok yang mengalami sakit kepala tidak semestinya menghidap barah otak. Terdapat pelbagai jenis sakit kepala. Antaranya adalah:

  • “Tension headache” – sakit kepala akibat tekanan yang selalunya berlaku melibatkan keliling kepala. Pesakit akan mengadu berasa ketat seperti keliling kepala diikat.
  • “Cluster headache” – sakit kepala yang sering berlaku kepada golong muda. Melibatkan bahagian mata. Penghidap sakit kepala sebegini mengadu sering menghadapi masalah yang sama setelah satu tempoh tanpa sakit kepala tersebut.
  • Migrain – salah satu sakit kepala yang sering berlaku dalam kalangan wanita, tetapi tetap boleh berlaku dalam kalangan lelaki. Ia selalunya didahului oleh aura seperti lintasan cahaya dalam pengelihatan. Sakit kepala ini selalunya pada sebelah bahagian kepala sahaja serta penghidapnya akan sensitive terhadap cahaya dan bunyi bising.
  • Kadang kala, terdapat pesakit yang sering mengadu sakit kepala dan tidak dapat diubati oleh ubat malah semakin teruk. Pesakit ini mungkin mendapat sakit kepala akibat ubat yang berlebihan atau dikenali sebagai “Medication induced headache”. Masalah selesai dengan tidak mengambil ubat tersebut.

Puan dinasihati membawa suami puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut agar punca sakit kepalanya dapat dikenalpasti dan dirawat dengan tepat.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)