Sulit
3 tahun
Sering Sakit kepala serta susah nak tidur malam
Sejak kebelakangan saya sering sakit kepala. Rasa macam berdenyut denyut macam tu. And rasa dia kat bahagian tengah. Tapi sometime sakit tu berubah rubah. And dalam masa yang sama, rambut saya gugur banyak dan rambut semakin nipis. Lepastu, malam berdenyut tuu makin kuat and saya susah nak tidur. If saya paksa, seumpama saya tidur sambil berfikir. Penat dan sakit kalau tidur macam tu. Apa sebab dia eakk. And sekarang pon saya kurang selera makan. But before this check just kata migrain. And setiap kali sakit, telan jerlahh ubat migrain yg klinik bagi. Tapii rasa sakit lagii. And bila sikat rambut, rambut gugut lagi rasa denyit tuu. Hm boleh saya tahu kenapa ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Bagi masalah rambut gugur, ia boleh disebabkan perkara berikut:
- Genetik
- masalah hormon
- tekanan emosi (juga boleh menyebabkan sakit kepala)
- kesan sampingan ubat-ubatan (Kemoterapi)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.