Sulit
2 tahun
Bahagian belakang kepala terasa…sgt sakit
Bahagian belakang kepala sakit…kadang2 tgh duduk dan baring ia akan sakit dgn sendiri…bila sakit dkt bahagian belakang kepala dtg…ia sgt bisa…perlu ke sy jumpa dktr
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mengalami kesakitan belakang kepala. Berikut adalah kemungkinan sebab gejala ini.
- Postur badan yang tidak elok
- Sakit kepala arthritis
- “Herniated disks” pada leher
- Sakit kepala tegang atau “tension headache”
- Migrain basilar
Sila mendapatkan nasihat doktor sekiranya didapati gejala yang luar biasa yang didatangi seperti berikut.
Kemunculan sakit kepala baru untuk beberapa hari yang menjejaskan kehidupan seharian anda.
Sakit kepala yang bertambah teruk dalam tempoh tertentu.
Sakit bahagian belakang kepala yang teruk secara tiba-tiba bersama rasa loya dan muntah.
Sakit kepala selepas kecederaan kepala.
Sakit kepala berserta demam, kekejangan, kekakuan, sukar bercakap, dan penglihatan berganda.
Perubahan personaliti atau hilang ingatan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.