Sulit
2 tahun
Sakit kepala di bahagian kanan dan sakit telinga bahagian kanan
Saya lelaki berumur 18 tahun beberapa minggu lepas saya menghidap penyakit vertigo dan pada masa itu juga saya ada juga mengalami sakit kepala pada bahagian mata dan selepas itu bahagian depan dan ke bahagian kanan tetapi sakit teruk hanya berlaku 2 hari ketika saya baru bangun dari tidur.saya juga baru menukarkan spek mata semasa menghadapi masalah vertigo dan akhir sekali berjumpa kepada doktor dan doktor memberikan ubat selesema dan antibiotik untuk merawat masalah vertigo saya sebab doktor itu cakap vertigo saya berpunca daripada gegendang telinga saya bengkak dan selepas beberapa minggu saya telah pulih dari vertigo dan sekarang masalah yang saya hadapi adalah sakit kepala pada bahagian kanan dan holeh merasakan hingga belakang.saya tidak merasahkan sakit sangat tetapi boleh merasahkan sakit itu ada dan mengacaukam saya, saya juga masi merasakan telinga kanan saya masi sakit sedikit dan saya juga mempunyai resdung adakah sakit kepala saya berkait dengan sakit telinga yang saya ada sekarang atau resdung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala yang anda rasakan sekarang boleh jadi berpunca daripada masalah sakit telinga dan juga resdung anda. Namun, sakit kepala juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain seperti:
- Migrain
- Sakit kepala jenis tegang
- Sakit kepala jenis kluster
- Masalah saluran darah di otak
- Ketumbuhan dalam otak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.