Sulit
3 tahun
Sakit kepala, anxiety
Saya wanita berumur 20-an, saya didiagnos mengalami anxiety dn telah dirujuk pakar. Saya mengalami sakit kepala seperti urat tarik sehingga merasakan ke rahang dan gigi. Sakit ini berlarutan lama. Saya risau kerana saya ada membaca simptom berkenaan pembuluh darah pecah adalah sakit kepala. Adakah saya patut buat ct scan atau tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
- Infeksi di otak (meningitis, encephalitis)
- Gangguan saluran darah di otak
- Tumor di otak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala