Sulit
2 tahun
Kesihatan otak dan kepala
Saya wanita, berumur 20an, dalam tahun ini, saya cepat pening kepala, sukar nak berfikir, malas berfikir, sukar cari perkataan bila mahu bercakap, mudah keliru, kadang-kadang rasa nak pitam, hilang keseimbangan badan, dan kadang-kadang rasa macam absent minded.
Macam mana nak tahu otak saya sihat atau tidak ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Anemia
- Tekanan darah rendah
- Hyperthyroid
- Masalah psikiatri
- BPPV
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.