Sulit
2 tahun
Sakit kepala setiap hari, mata terasa seperti ditekan.. Perut juga selalu tidak selesa d awal pagi
Sya lelaki 37thn… Sya sering merasa sakit kepala. Sakit setiap hari bermula pada waktu awal pagi dan beransur reda pada waktu tengahari… Tapi kadang kepala pula terasa pening pada waktu lewat petang… Setiap kali kepala sya sakit, mata sya akan terasa berat seperti bola mata ditekan. Pandangan sya akan sedikit kabur dan mata sya akan sensitif pada cahaya… Sya perasaan setiap kali keadaan ini berlaku, perut sya akan terasa tidak selesa, sakit yg tidak seberapa tapi bole menimbulkan rasa loya dan pening… Sya alami keadaan ini selama hampir 2 tahun. Menurut doktor, apakah sakit yg sya alami ini?? Dan apa yg perlu sya lakukan… Sya harus merujuk doktor apa… Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Anda bertanya tentang masalah sakit kepala dan beberapa gejala lain. Saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara. Sakit kepala boleh terbahagi kepada beberapa jenis seperti jenis tension, migrain dan kluster.
Sakit kepala seperti tension boleh berlaku disebabkan oleh perkara seperti:
- Keletihan
- Kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti
- Cetusan akibat makanan tertentu seperti kopi
- Mata yang terlalu lama menghadap skrin
Gejala sensitif kepala cahaya dan perut tidak selesa beserta loya dan pening boleh menjadi salah satu gejala berkaitan migrain, namun ia juga boleh disebabkan oleh masalah lain.
Untuk memastikan punca masalah yang anda hadapi, latar belakang kesihatan dan sejarah kesihatan anda haruslah diketahui dengan lebih terperinci. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian. Sekiranya perlu anda akan dirujuk kepada pakar yang berkaitan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.