Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan terasa amat letih
Hi doc,saya wanita berumur 28 tahun,doc, saya mengalami sakit kepala seakan pening pening,otot bahu berdekatan leher amat lenguh,mata kabur dan kepala terasa panas tapi tidak deman,kenapa ni doctor,3 hari dah saya mengalami penyakit ni,saya juga mengalami tiada selera untuk makan,badan lenguh dan keletihan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tegang
- BPPV
- Meniere’s Disease
- Tumor di otak
- Anemia
- Hipoglycemia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala