Sulit
2 tahun
Pening setiap hari hampir sebulan
Saya wanita berumur 22 berat 47kg ketingggian 159cm memakai cermin mata dan bekerja office. Sering mengalami pening setiap hari hampir sebulan. Selalunye saya akan start rasa pening bermula tengah hari dan akan beransur reda menjelang malam dan begitu la pada hari-hari seterusnya. Dan kadang kala juga akan merasainye pada waktu malam. Dan kadang kala juga rasa pening tu disertai rasa mual.
Saya mengalami pening ini sejak daripada beberapa hari sebelum haid dan berterusan ke harini. Saya last period pada 28Mei dan hanya berlangsung selama 3hari sehingga 30Mei.
Pada pendapat doktor apakah sebab2 saya mengalami sedemikian dan apakah yang harus saya lakukan untuk menggilangkan pening tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo
- Tekanan darah rendah
- Kurang darah atau ‘anemia’
- Tekanan darah berubah akibat daripada pertukaran posisi atau ’ Postural hypotension’
- Jangkitan telinga
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.