Sulit
2 tahun
Migrain, muntah muntah dan pedih perut
Saya berumur 24 tahun, berkerja sebagai production planning yang perlu menghadap komputer sentiasa. sejak sebulan yang lalu, saya kerap mengalami migrain yang berlaku setiap 2-3 hari, seminggu 3-4 kali. migrain tersebut selalunya diikuti dengan loya, muntah muntah serta pedih di bahagian perut. migraine tersebut sering berlaku selepas waktu bekerja iaitu petang dan malam. Saya menjadi risau dan sentiasa berjaga jaga dengan pengambilan makanan dan cuba mengelakkan stres. tapi perkara ini masih berlaku. saya turut menjadi overthinking dan takut ketika makan ubat kerana ia membuatkan perut saya pedih, mungkin akibat kerap mengambil ubat tahan sakit. hal ini menyukarkan saya untuk bekerja.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,terdapat 3 jenis migrain.
- migrain tanpa aura (Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom)
- migrain dengan aura (migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain)
- aura migrain tanpa sakit kepala (Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala)
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain.Anda juga tidak seharusnya mengambil ubat tahan sakit pada jangka masa yang panjang tanpa dinasihatkan oleh doktor.Hal ini kerana pengambilan ubat tahan sakit pada jangka masa yang panjang boleh memberi kesan sampingan yang serius.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.