Sulit
2 tahun
Keguguran rambut, sakit kepala, badan mudah rasa sejuk
Salam and hi Dr, saya wanita berusia 23 tahun, sedikit overweight. Rambut saya gugur makin banyak, setiap kali sikat rmbut, segenggam gugur, sama jugak waktu mandi. Badan cepat sejuk, tidur tengahari pun berselimut. klau dlm kereta bukk aircond pun smpai kebas kaki ngn tgn sbb sejuk, wlaupun aircond tak kuat mana. Sakit kepala pun kerap. Adakah simptom2 tersebut merujuk pada penyakit serius yg memerlukan saya mndpat rawatan susulan? Tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah keguguran rambut, sakit kepala dan mudah berasa sejuk. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Bagi masalah rambut gugur, ia boleh disebabkan perkara berikut:
- Genetik
- masalah hormon
- tekanan emosi (juga boleh menyebabkan sakit kepala)
- kesan sampingan ubat-ubatan (Kemoterapi)
Manakala badan yang terasa sejuk pula boleh disebabkan oleh:
- Keadaan cuaca
- Hiperhidrosis
- Demam
- Masalah tiroid
- Masalah sistem saraf
- Masalah saluran darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.