Sulit
3 tahun
Muka terkena miyak panas
saya tengah menggoreng keropok lekor,tiba tiba minyak meletus secara tiba-tiba
muka saya mengalami kesan tompok hitam selama 3 hari dan parut saya sudah menggering.Apa yang berlaku terhadap muka saya dan apa yang perlu dilakukan??
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, kulit melecur memerlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui rawatan yang paling tepat. Hal ini kerana, doktor perlu mengenalpasti tahap kebakaran atau tahap lecur “degree of burn” terlebih dahulu serta perlu mengetahui kawasan yang terjejas kerana dengan maklumat dan pemeriksaan tersebut, rawatan boleh diberikan. Tahap lecur atau kebakaran tahap 2 selalunya memerlukan masa sehingga 2 ke 3 minggu untuk sembuh. Antara rawatan yang boleh diberikan doktor ialah:
- Cold compress
- Wound and debridement
- Ubat tahan sakit
- Water replacement therapy
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.