
Sulit
4 tahun
Mulut kering dan air liur seakan kering
As salam. Sy berumur 39 tahun. Sdh beberapa hari saya rskan mulut kering seperti tiada air liur. Ssh nak bercakap mahupun menelan air. Pada waktu malam lebih ssh nak tidur kerana seolah2 tidak boleh bernafas dengan baik. Telah banyak minum air kosong tp tidak membantu liur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda mulut kering biasanya berlaku oleh kerana dehidrasi atau gementar. Namun, sekiranya gejala ini berterusan, ianya mungkin desebabkan oleh masalahlain seperti:
Kesan sampingan ubat
Hidung tersumbat- menyebabkan anda bernafas menggunakan mulut
Rawatan radiotherapy di kawasan kepala dan leher
Sjögren’s syndrome- penyakit yang menyerang kelenjar air liur
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.