Sulit
2 tahun
Najis coklat kegelapan
Assalammualaikum & salam sejahtera doc. Tumpang tnya, Tdi sya bru membuang najis dan najis saya berwarna coklat kegelapan. Lepastu saya panik, sesak nafas dan gerd saya dtg dgn ulu hati saya terasa pedih. Adakah saya mengalami pendarahan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, warna najis yang kehitaman boleh menandakan bahawa terdapat perdarahan dalam tubuh badan anda.Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa anda mengalami pedih ulu hati dan GERD, ia merupakan risiko besar untuk anda mengalami perdarahan dalam badan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.