Sulit
2 tahun
Membuang air besar bernanah
Saya wanita 23 tahun saya ingin bertanya subuh tadi saya sakit perut … Bila terasa ingin membuang air besar saya dapati najis tidak keluar yang keluar hanya la nanah apa penyebab nya nanah berlaku
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bagi masalah nanah ini, ia memerlukan pembuangan nanah secara berterusan namun mestilah dalam keadaan yang sangat bersih kerana ia mudah untuk dijangkiti kuman.
Anda juga perlu memastikan kawasan dubur bersih dan seeloknya mengeringkan dubur menggunakan tisu selepas membuang air besar. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti sakit pada kawasan dubur, nanah bercampur darah yang tidak berhenti serta demam, maka anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.