Sulit
3 tahun
Perut sentiasa kembong seperti najis tak habis. Bentuk najis adakala nipis. Kerap guna julat untuk mudahkan najis keluar
Saya lelaki 49 tahun selepas melakukan pembedahan kaedah stapler membuang hemorhoid lbh krg hampir 2 tahun lalu, megalami perut sering kembong dan keras. Sakit sedikit tapi jrg. Lepas berak rsa mcam tak puas seprti masih ada najis. Kalau tak pakai ubat julat (anema) najis agak kurang lancar utk kluar. Tempat stpaler tu rsa sempit. Harap penjelasan doktor. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami megenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda telah menjalani pembedahan stapler untuk merawat buasir 2 tahun lalu dan sedang mengalami perut kembong, kesukaran untuk membuang air besar dan merasakan tidak puas selepas membuang air besar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, antara komplikasi pembedahan buasir adalah anal stricture, iaitu kesempitan dubur. Ini boleh menyebabkan kesukaran membuang air besar yang anda alami. Masalah perut kembung dan keras pula boleh disebabkan oleh najis yang tersekat dalam usus. Namun, ini hanya adalah salah satu punca untuk masalah anda. Punca lain yang boleh menyebabkan masalah anda adalah :
- Sembelit kerana kekurangan pengambilan air dan serat
- Ketumbuhan pada rektum atau dubur
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.