Sulit
3 tahun
Berak berdarah dan sakit perut sebelah kiri
Saya perempuan, dan berusia 23 tahun, Kebiasaannya,saya akan membuang air besar pada pagi hari, tetapi,kalini saya membuang dipetang hari, dan berak berdarah, perut sebelah kiri sakit, dan ketika sarapan,saya terminum air kopi yang sudah basi, serta kurang minum air putih pada harini, apakah simptom saya ini doktor ? Adakah saya perlu ke klinik? Dan period saya last 3 hari sebelum hari ini. Adakah ini tanda saya mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Diverticulitis
- Intucusseption
- Buasir
- Kanser usus
- Keracunan makanan
- Infeksi bakteriapada usus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.