Sulit
3 tahun
Perubahan Warna Najis
saya lelaki berusia 33 tahun saya membimbangi perubahan pada pembuang najis yang mana apabila membuang air besar hujung permukaan depan najis berwarna gelap apabila dalam air warna gelap tu memudar kepada warna normal… saya telah berjumpa doktor tpi tiada pemeriksaan y di buang cuma y dia cakap berhenti merokok… adakah punca najis gelap ni daripada rokok… kadangkala pembuangan saya sdikit kecil dan gelap dan warna gelap memudar ketika didalam air… apa kah itu doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, najis berwarna gelap secara umumnya boleh memberikan indikasi kepada pendarahan yang berlaku dalam sistem penghadaman makanan. Namun, najis berwarna gelap juga boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat zat besi atau perubahan pada diet. Ada juga sesetengah makanan yang boleh menyebabkan perubahan warna najis. Kami memerlukan maklumat tambahan untuk memberikan anda diagnosis yang tepat.
Kebiasaanya, perubahan warna najis tidak perlu dirisaukan, tetapi jika anda mengalami simptoms lain seperti loya, muntah, sakit perut, perut kembng atau muntah darah, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.