Sulit
3 tahun
Najis berwarna hijau pekat seperti hitam kehijauan
saya wanita berumur 20 tahun. sudah 3 hari najis saya berwarna hijau pekat. pada hari pertama, najis masih keras seperti biasa tetapi ia berwarna hijau yang sangat pekat hampir kepada hitam. namun esoknya najis saya mula cair seperti air yang mengalir tetapi masih berwarna hijau pekat. saya tidak mengalami demam pening atau sakit perut tetapi saya boleh merasakan perut saya sedang berpusing seperti memulas dan saya akan terus ke tandas kemudian saya dapati najis saya terlalu cair berwarna hijau pekat. apakah punca dan kenapa ini terjadi? mohon bantuan dan pendapat doktor. terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, najis berwarna hijau pekat, boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Makan banyak makanan kehijauan seperti bayam, buah dan sayuran lain.
- Penyakit hempedu
- Gangguan saluran hempedu
- Kesan penyakit hati
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Jangkitan usus
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.