Sulit
3 tahun
Keluar cecair bersama najis
Saya perempuan berusia lingkungan 20 an. Sejak akhir-akhir ini, saya perhati setiap kali buang air besar, akan keluar sekali dengan cecair yang berwarna kuning / putih. Boleh saya tahu mengapa dan cara mengatasi? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya, kerap sembelit. Sembelit kadang menyebabkan pembuangan lendir sebab kecederaan pada lapisan tisu usus. Minum air serta makan makanan kaya serat seperti buahan dan sayur-sayuran boleh mengawalkan gejala ini.
Selain itu, cecair bersama najis juga boleh disebab oleh perkara lain seperti jangkitan usus, sindrom iritasi usus, penyakit radang usus dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.