Sulit
3 tahun
Kerap sakit perut Dan cirit birit
good morning doctor nak Tanya sikit saya kalau Lepas mkn aje pasti nak buang besar kadang2 sampai 3 atau 4 Kali doctor dlm sehari Dan saya buang air besar bkn hari2 doc tapi dlm 2 Hari sekali Dan juga kerap sakit perut .klu Makan pedas Dan cirit birit sebelum ini dlm 3thn Lepas saya dah skop camera kat peut Di pakar kpj Dan Kata nya normal cuma Ada Acid dlm badan so apa kah punca nya Dan Cara selesaikan masalah ini apa ini punca Dari acid atau mcm mana doctor thx harap bagi penjelasan doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sering buang air besar selepas makan, kerap sakit perut dan cirit-birit selepas makan pedas boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Gangguan penghadaman
- Sindrom iritasi usus
- Jangkitan usus
- Kesan sampingan pengambilan sesetengah ubat
- Kesan alahan pada sesetengah makanan
- Ketidakseimbangan hormon
Anda boleh cuba mengambil probiotik, makan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk membantu pencernaan, cuba makan makanan yang mudah dicerna dan sering minum air, mengurangkan daging merah, makanan pedas dan berminyak yang dapat merengsakan usus.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.