Sulit
3 tahun
Najis seakan warna arang
Haii doktor. Sya ibu mengandung nk msuk 32 weeks… Jdi sya nk Tanya …bahaya ke utk sya Dan baby dlm kandungan jika najis berwarna seaakan warna arang…then kerap sakit perut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penggunaan suplemen yang mengandungi zat besi yang tinggi
- Ubat-ubatan atau herba tertentu
- Rawatan radiasi
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang lebih serius serta memerlukan rawatan segera seperti:
- Perdarahan saluran pencernaan
- Komplikasi dari peptic ulcer
- Kanser perut
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.