Sulit
3 tahun
Najis berwarna hijau coklat
Anak saya adalah pesakit biliary atresia. Baru baru ini najis dia berwarna hijau coklat. Dia buang air seperti biasa, tiada tanda cirit birit atau muntah. Keadaan najis pejal dan normal. Sebelum najis dia berwarna begitu, dia memakan buah orange.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
Pigmen hempedu - najis boleh menjadi hijau disebabkan oleh pigmen hempedu dalam najis. Sekiranya makanan bergerak terlalu cepat melalui usus, pigmen hempedu tidak boleh dicernakan dengan secukupnya. Salah satu sebab yang menyebabkan ia terjadi adalah cirit-birit.
Antibiotik – sesetengah antibiotik yang tertentu boleh mengubah jenis-jenis bakteria yang ada dalam usus. Disebabkan bakteria mampu mempengaruhi warna normal bagi najis, jadi perubahan bakteria mungkin boleh membawa kepada perubahan terhadap warna najis, iaitu menjadi hijau.
Prosedur perubatan yang tertentu - contohnya, jika pemindahan tulang sumsum ditolak oleh badan penerima, ia boleh menyebabkan ‘graft versus host disease’ yang dipanggil dalam istilah perubatan. Salah satu akibat dari keadaan ini ialah cirit-birit dan najis menjadi hijau.
Parasit dan bakteria – organisma yang tertentu boleh menyebabkan najis menjadi hijau, termasuklah bakteria Salmonella, Giardia (parasit berasaskan air), dan norovirus. Organisma yang tidak diundang ini boleh menyebabkan usus bekerja atau bergerak lebih cepat daripada biasa, yang akan mempengaruhi warna najis.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.