Sulit
3 tahun
Najis berwarna hitam selepas minum minuman dark chocolate
Saya perempuan umur 27 tahun…adakah makanan boleh mempengaruhi warna najis? Semalam saya minum minuman dark chocolate bersama dark chocolate chip serta kek coklat…sy minum 1 cup large dan pagi ni najis saya berwarna hitam dan bercampur coklat biasa…Dan juga tidak mempunyai bau yang kuat… adakah perubahan itu boleh disebabkan oleh pemakanan?dan saya tiada mengalami sebarang kesakitan atau cirit birit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, najis datang dalam pelbagai warna. Kebiasaannya warna coklat dan juga warna hijau dianggap sebagai normal. Sesetengah keadaan najis seperti najis berwarna hitam kemerahan mungkin menunjukkan keadaan usus yang berpotensi serius seperti kanser usus.
Warna najis biasanya dipengaruhi oleh apa yang anda makan dan juga dipengaruhi dengan jumlah hempedu yang berada dalam najis anda. Apabila pigmen hempedu bergerak melalui usus anda, mereka akan diubah suai secara kimia oleh enzim, mengubahkan warna pigmen dari hijau menjadi coklat.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, najis anda bertukar kepada warna hitam selepas anda minum minuman dark chocolate dan makan chocolate chip serta kek coklat, ia adalah disebabkan oleh makanan yang anda ambil tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.