
Sulit
4 tahun
Pedih ketika kencing waktu berapa hari sebelum period
hi doc,sy wanita berumur 27 mempunyai seorang anak . sebelum ini saya tidak pernah mengalami apa2 masalah seperti sekarang. kejadian ini jadi selepas saya berhenti mengambil pil perancang.setiap bulan beberapa hari sebelum period,dalam bibir faraj kiri saya akan ada ketulan yg kecil. makin hampir hari period,ketulan itu akan menjadi merah dan apabila saya kencing akan menjadi pedih kadang2 akan ada sedikit spotting.tapi ianya hanya terjadi sebelum period dan akan hilang selepas beberapa hari period.terima kasih doc.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pihak kami amat bersimpati di atas apa yang berlaku dan kami juga memahami keadaan anda.
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan sakit apabila haid dan ketika membuang air kecil.
Salah satu punca yang kerap mengundang masalah ini adalah jangkitan pada saluran kencing atau urinary tract infection(UTI). Kebiasaanya, penyakit ini terjadi kepada wanita berusia 20 hingga 50 tahun. Kaum wanita juga lebih berisiko untuk mendapat jangkitan ini berbanding lelaki kerana memiliki uretra yang lebih pendek dan kedudukannya lebih dekat dengan kemaluan dan dubur. Jangkitan ini menyebabkan organ pundi kencing membengkak dan menimbulkan rasa tidak selesa atau sakit ketika membuang air kecil.
Antara simptom lain bagi UTI ini adalah:
- Kecing tidak lawas
- Air kencing kotor atau keruh
- Lesu dan keletihan
- Sakit di bahagian bawah abdomen
Namun begitu, penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin atau STD juga boleh menyebabkan sakit ketika membuang air kecil dan ketika bersetubuh. Manakala antara sebab lain yang boleh menyebakan sakit ketika membuang air kecil dan melakukan hubungan intim adalah:
- Cyst pada ovari
- Jangkitan bakteria pada vagina
- Batu karang
- Barah pundi kencing
- Jangkitan bakteria pada prostat
Sehubungan dengan itu, bagi mendapatkan jawapan yang tepat, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan segera kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, ia akan memudaratkan kesihatan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.