
Sulit
3 tahun
Peluh berlebihan akibat erimin 5
Saya lelaki berumur 24 tahun dan mengalami peluh yang berlebihan akibat erimin 5. Saya nak sangat berhenti.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
kami amat memahami masalah anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,ketagihan sebegini dapat memberikan pelbagai simptom .
Keseimbangan semulajadi badan akan berubah dan kemungkinan simptom ‘withdrawals’ akan dapat dirasai seseorang.
Peluh yang berlebihan merupakan suatu simptom ‘withdrawal’ daripada erimin 5 ini.
Simptom withdrawal yang lain adalah
Perasaan gelisah
Insomnia (sukar tidur)
Mual, muntah, degupan jantung yang lebih cepat, berpeluh berlebihan, gegaran dan kekejangan perut
Kekeliruan mental
Oleh kerana seseorang memperolehi simptom simptom sebegini,adalah amat mudah untuk seseorang mencari jalan mudah dan sambung mengambil dadah sebegini untuk kepuasan sementara.
Anda disarankan untuk bercakap dengan pakar psikiatri yang biasa menangani masalah ketagihan.
Mereka dapat membantu dengan cara yang terbaik.Pelbagai cara dikaji oleh pakar psikiatri untuk membantu dengan ketagihan.
Kami harap jawapan kami membantu dan anda akan dapat berhenti daripada gejala negatif ini.
Masalah ini jika berlarutan dapat memberikan banyak kesan negatif yang teruk.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri