Sulit

2 tahun

Pencegahan Penghamilan

Saya wanita berumur 20 tahun yang masih dara telah melakukan hubungan seks bersama si suami. Suami saya tidak memakai apa² jenis keselamatan ketika bermain dengan saya. Untuk 1st round & 2nd round, suami saya tidak memancutkan air mani ke dalam vagina saya atau di luar badan saya kerana kami menginginkan anak pada 2 atau 3 tahun akan datang. Sebelum dia memancutkan air mani, dia bergegas ke tandas & melepaskannya disitu. Akan tetapi pada 2nd round, saya percaya yang masih terdapat sedikit sisa air mani pada zakar suami saya sewaktu bermain dengan saya. Jadi, adakah saya berpotensi untuk mengandung walaupun suami saya tidak memancutkan air maninya ke dalam vagina saya?

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, aya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, sperma boleh hidup di luar badan selama 15 hingga 30 minute, jika keadaan sekelilingnya sesuai. Walaupun rendah, anda masih mempunyai risiko untuk mengandung.

Jika anda masih tidak menginginkan anak pada masa ini, cara paling selamat adalah mengambil pil kontraseptif kecemasan (Morning-After Pill). Terdapat beberapa jenis pil kecemasan ini seperti Postinor-2 dan Ella. Anda boleh mengunjungi farmasi terdekat anda untuk membelinya. Postinor-2 harus diambil dalam masa 72 jam sejak bersetubuh tanpa perlindungan. Ella harus diambil dalam masa 120 jam (5 hari).

Anda mungkin mengalami beberapa kesan sampingan yang kecil selepas mengambil pil ini. Tanya ahli farmasi anda apa yang perlu anda lakukan sekiranya berlaku kesan sampingan dan ikut arahan mereka.

Selain itu, saya amat menyarankan anda mengamalkan hubungan seks terlindung atau mengambil kontraseptif dengan suami anda sehingga anda sedia untuk mengandung. Cara yang paling selesa adalah menggunakan kondom bagi memastikan anda tidak hamil selepas bersetubuh.

Terdapat banyak cara lain untuk kontraseptif. Saya saran agar anda dan suami mengunjungi klinik kesihatan atau klinik sakit puan yang terdekat anda bagi berbincang tentang cara-cara yang ada, apa yang sesuai untuk anda dan membincangkan mana-mana soalan yang mungkin ada.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut tentang pil kontraseptif kecemasan dan pil kontraseptif yang lain.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_252316021%20(1)
AdobeStock_122256585

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)