Anonymous
5 tahun
Period yang mengelirukan
Saya berumur 20 tahun baru berkahwin pada bulan april dan tempoh perkahwinan kami sudah selama sebulan… Period saya lambat slama 37 hari… Darah kluar selama 2 Hri 1 malam… Ttpi slepas itu msih ada darah ttpi brwrna coklate gelap dan hanya sedikit sprti stitik2… Dan tdak brbntuk cecair…
Dan sya jga hairan mngapa stiap kali berhubung intim brsma suami spermanya kluar… Tdak sperti pda awal prkhwinan kami…
Apa kh puncanya… Dan sebabnya… Perlukh saya brjmpa doktor untuk mndptkn rawatan atau nasihat?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Umur
Berat badan dan diet
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Ubat-ubatan
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda dan suami anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.