Sulit
2 tahun
Tak period sudah 4 bulan
berumur 21tahun , seorang pelajar dan tidak berkahwin , last period saya bulan 10. Saya sudah berjumpa dokto dan beliau memberitahu mempunyai dinding rahim tebal . apa punca dinding rahim tebal . Dh mkn ubat sunolut tetapi sudah hari ke 9 , period saya tak datang lagi .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.