Sulit
2 tahun
Masalah period dan kehamilan
Saya wanita berumur 24 tahun. Baru sahaja berkahwin pada bulan 2. Kegusaran saya sekarang adalah saya lewat datang period selama 9 hari. Tetapi pada harini dan semalam ada spotting coklat. Boleh saya tahu apakah maksudnya ya ? Saya nak buat ujian upt tapi saya takut hampa. Terima kasih doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kemusykilan anda tentang kelewatan haid dan spotting yang anda alami, saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh berlaku disebabkan banyak perkara, antaranya:
- Kehamilan
- Tekanan
- Perubahan jadual waktu harian yang sibuk
- Kesan ubat-ubatan
- Pengambilan kontraseptif hormon
- Masalah tiroid
- Berat badan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah
Spotting yang anda alami pula boleh jadi tanda awal haid, tanda awal kehamilan atau masalah lain.
Sekiranya anda mengesyaki hamil, anda boleh melakukan ujian kehamilan selepas seminggu atau dua minggu dari tarikh haid anda yang sepatutnya. Jika ujian kehamilan negatif dan haid anda masih tidak datang, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk tindakan selanjutnya.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi doktor secara atas talian. Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.