Sulit
2 tahun
Period saya tidak datang pada bulan march
saya wanita dalam 20an mahu bertanya,pada tarikh 14/2/2022 sehingga 21/2/2022 saya period tetapi tidak seperti selalu darah yg keluar berwarna coklat tetapi tidak banyak keluar…dan saya belum berkahwin…pada bulan march sepatutnya saya akan period selepas tarikh 21/2/2022 tetapi sehingga ke hari ni saya tidak period lagi dan saya belum berkahwin lagi…adakah masalah hormon tidak stabil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.