Sulit
2 tahun
Haid lewat punca dari Vertigo
Hi dr, sy berusia 25 tahun, ingin bertanya. Haid saya nak masuk 3 hari lewat. Adakah disebabkan daripada penyakit vertigo saya? Kalau ikutkan cycle, hari yg saya demam, pening dan muntah adalah first day period saya iaitu semalam. Lately pun saya asyik stress, fkir banyak, stress kerja dan x ckup rehat. Apakah sebab period saya lewat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat atau tidak datang boleh disebabkan oleh mengandung, tetapi masih ada sebab sebab lain perkara ini berlaku seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kebanyakan masa, haid lewat sekali dua ialah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika haid anda masih tidak datang pada minggu hadapan, saya akan menyarankan anda melakukan ujian kehamilan. Jika gejala ini tidak hilang atau bertambah teruk, saya akan menyarankan agar berjumpa dengan doktor untuk penilaian dan rawatan yang sewajarnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!