Sulit
2 tahun
Tidak period selepas seks pertama kali
Hi salam sejahtera. Saya berumur pertengahan 20an. Saya telah melakukan seks buat pertama kali pada pertengahan bulan lepas di mana saya baru sehari habis period. Tidak memakai perlindungan tetapi tidak buang dalam. Tetapi sehingga ke hari ini saya belum period (cycle ke 45 hari) dan lambat almost 2 minggu dari expected date. Untuk pengetahuan doktor kitaran period saya agak tidak teratur tetapi maximum cycle saya selalunya 40 hari tetapi jarang berlaku. Saya sudah melakukan pregnancy test sebanyak 2 kali tetapi negatif. Boleh saya tahu faktor lain yang menyebabkan saya tidak period? Dan adakah seks buat pertama kali boleh menyebabkan period lambat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Memandangkan anda telah melakukan ujian kehamilan dan keputusannya adalah negatif, kebarangkalian anda hamil adalah rendah.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.