Sulit
2 tahun
Kenapa haid saya tidak normal dan lambat datang?
Saya seorang perempuan berumur 20 dan bujang. Berat badan saya ialah 37 KG dan tinggi saya 153 CM . saya ingin bertanya tentang haid saya yang sudah masuk empat bulan tidak datang . Biasanya haid saya datang skip sebulan tetapi kali ini haid saya tidak datang nak masuk empat bulan . Saya ingin bertanya apakah punca haid saya tidak datang dalam tempoh empat bulan ini dan apa yang saya perlu lakukan untuk kembalikan haid saya normal semula ? Sekian , terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Policystic Ovary Syndrome
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.