Sulit
2 tahun
Haid lewat dari tarikh pertama haid
Salam sejahtera doc,
Saya berumur 28 tahun dan baru sebulan berkhawin, dah last period saya pada 1/12/2021 dan kini saya telah lewat 10 hari datang bulan. Kebelakangan ini saya mengalami sakit pinggang belakang, angin di perut, cramp perut, mual, lesu dan cepat terasa letih kadang terjadi juga pening kepala, dan juga ngilu di perut seperti tanda senggugut yang tak teruk dan akan ok semula. Saya dah buat UPT pada 10/01/2022 tetapi result -ve. Apa perlu saya lakukan? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid lewat anda. Antaranya adalah:
- Kehamilan
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.