Sulit
2 tahun
Period tak dtg 2 bln
Saya wanita berumur 34 tahun suka makan pedas dan belum berkahwin. Dua bulan yang lalu, saya berada dalam keadaan kemurungan sampai memikirkan untuk bunuh diri disebabkan depresi dengan ugutan. Period sy masih belum datang lg. Tekanan mendalam menyebabkan kepala sy panas sgt & sesak dada nafas seolah olah tersekat. Demam, mkn x sgt, hanya minum air kosong, Gastrik teruk dan sudah rujuk dgn doctor, sy bt urine test dan tidak disahkan mgandung (wlpn x pernah buat hubungan) tp doctor suruh. Follow jelah. Keadaan badan lemah lesu. Menangis, fikir bukan2.Hari fikir dengan ugutan dan tekanan. Dua bulan x dtg sbb pressure? Apakah solution untuk perbetulkan kitaran period sy? Wlpn dlm keadaan tekanan teruk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat datang yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Endometriosis - pertumbuhan lapisan dinding rahim di kawasan lain
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Oleh itu, saya amat menggalakkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.