Sulit
2 tahun
Haid sebulan lebih tak datang
Saya wanita Belum berkahwin dan berumur 30 tahun sudah sebulan lebih tidak datang haid. Mengalami kemurungan /depressi kuat dalam tempoh sebulan. Kepala panas dan badan sentiasa dedau. Berat badan turun 5 kg dlm tempoh seminggu sbb buat diet dan beranggapan kini mengalami gastrik. Dalam mulut terasa percikan gas tetiba dan Perut berbunyi sentiasa tak selesa. Lidah berwarna kuning. Gi klinik doctor ckp viral fever dan buat test darah didapati sel darah putih di bawah range (3.2) sepatotnya kena 3.5 keatas. Kerap kencing disebabkan sentiasa minum air. Saya ada masalah anxiety yang teruk juga. Apakah penyelesaian untuk saya untuk normalkan kitaran haid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.