Sulit
2 tahun
Masalah haid tidak turun
saya wanita umur 24thn,sdh berkawin selama 1thun lebih dn sedang ttc.sya nak tanya sya sudah lewat haid selama 2 bulan,sya juga sudah test guna upt dan hasil negatif.tpi sebelum tu sya juga ada test guna upt untuk yg irregular period dan ada naik 2 line namun masih samar.sya sudah pergi berjumpa dgn doktor pakar di klinik swasta dan scan rahim ternyata kosong.doktor hanya beri ubat antibiotic dan bersih kencing(utix).doktor itu tidak beritahu saya apa masalah saya dan sy masih tertanya tanya kenapa kah dengan sya dan dktor itu tidak beri ubat keputihan dn turun haid.sekarang payudara sya rasa sensitif.terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Anda disarankan untuk berbincang mengenai keadaan ini dengan doktor atau doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.