Sulit
2 tahun
Masalah tidak period tapi sakit mcm sengugut
salam, sy sudah berkahwin 3 tahun setengah dan masih belum punya anak dan tak pernah mengalami keguguran. 25hb april 2022 sepatutnya tarikh sy period tp hari ini, 26hb masih belum period dan perut sy sakit sgt mcm sengugut tp haid tak keluar. kenapa ya doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, haid yang lewat serta rasa sengugut ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon - akibat kurang makan, tidak cukup nutrient daripada pemakanan atau tekanan yang berlebihan
- Sista ovari
- Endometriosis
- Kehamilan
Kebanyakan masa, sengugut dan haid lewat sekali dua ialah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika haid anda masih tidak datang pada minggu hadapan, saya akan menyarankan anda melakukan ujian kehamilan. Jika sengugur ini menjadi lebih teruk atau tidak hilang selepas sehari dua, saya akan menyarankan agar berjumpa dengan doktor untuk penilaian dan rawatan yang sewajarnya. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.