Sulit
2 tahun
Pertanyaan Mengenai Pil Cegah Hamil Postinor dan Levonorgestrel Pertanyaan Mengenai Pil Cegah Hamil Postinor dan Levonorgestrel Pertanyaan Mengenai Pil Cegah Hamil Postinor dan Levonorgestrel
Salam dan hi. Saya ada dua soalan tentang pil cegah kehamilan Postinor dan Levonorgestrel.
Soalan pertama:
Saya dan isteri tinggal berjauhan buat masa sekarang atas faktor pekerjaan dan hanya berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Sekiranya saya dan isteri melakukan hubungan seks sebanyak 5-7 kali dalam tempoh 24 jam, adakah isteri patut ambil pil tersebut selepas kali pertama mengadakan hubungan seks atau selepas kali terakhir pada hari tersebut?
Soalan kedua:
Sekiranya pil tersebut diambil selepas kali pertama melakukan hubungan seks, adakah pil tersebut masih berfungsi mencegah kehamilan sekiranya kami melakukan hubungan seks berulang kali dalam tempoh 24 jam selepas isteri menelan pil tersebut?
Harap doctor boleh menjawab kedua - dua soalan saya supaya kami dapat merancang dengan lebih baik. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang keberkesanan dan cara penggunaan pil postinor. Saya akan cuba menjawab pertanyaan ini dengan baik.
Untuk makluman anda, biasanya postinor dapat memberikan kesan perancang sebanyak 95 peratus sekiranya ia diambil seawal dalam 24 jam daripada kali pertama anda melakukan hubungan seks; dan sebanyak 85 peratus, digalakkan ambil sebelum 48 jam. Pil atau dos kedua perlu diambil dalam jangka 12 jam selepas pil pertama. Sekiranya anda mematuhi cara pengambilan ubat ini, perlindungan daripada kehamilan adalah tinggi.
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu atau lebih dari tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan seperti UPT untuk memastikan status hamilan anda.
Anda juga boleh merujukkan masalah ini kepada doktor pakar untuk dapatkan nasihat lanjut atau menghubungi doktor kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.