
kakisale
5 tahun
Pertanyaan tentang demam
Saya cuma nak tanya la, baru-baru ni ada terbaca di media sosial tentang demam. Tapi dari apa yang di cerita beliau, sahabat dia telah meninggal dunia akibat demam yang menyebabkan otak nya rosak akibat suhu panas (demam). Kemudian beliau kata punca demam tu menyebabkan sahabat beliau terkena jangkitan kuman di otak dan otak nya rosak , itu pun setelah dokter ambil air tulang belakang dan dokter sahkan otak rosak dan ada jangkitan kuman di otak.
Jadi soalan saya, adakah demam dengan suhu panas yang tinggi boleh menyebabkan terkena jangkitan kuman di otak, atau menyebabkan otak rosak?
Dan adakah dengan menggambil air di tulang belakang boleh menentukan otak itu di jangkitan kuman?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya urutan yang benar adalah bahawa jangkitan kuman di otak yang akan menyebabkan suhu tubuh meningkat dan merosakkan sel-sel otak. Jangkitan kuman di otak juga dikenali sebagai ensefalitis iaitu keradangan otak ataupun meningitis sekiranya yang terkena adalah lapisan pembungkus otak.
Mengambil air tulang belakang hanyalah satu kaedah untuk menentukan bakteria/ kuman jenis mana yang menjangkiti agar dapat diberikan antibiotik ataupun ubat yang sesuai.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang soalan yang diajukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, saya beranggapan masalah yang dialami oleh pesakit dari cerita tersebut merupakan meningitis (keradangang pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang) and ensefalitis (keradangan pada otak).
Untuk pengetahuan pihak anda masalah meningitis dan ensefalitis boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Bakteria
- Virus
- Fungi
- Parasit
- Ubat-ubatan
Kembali kepada soalan anda. Jangkitan kuman pada otak yang menyebabkan demam dan bukannya demam yang menyebabkan jangkitan kuman tersebut. Jangkitan kuman di otak ini juga boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi kepada otak. Dalam kata lain ia boleh menyebabkan kerosakan kepada otak.
Untuk prosedur mengambil air di tulang belakang (lumbar puncture), ianya adalah prosedur yang harus dilakukan untuk mendapatkan diagnosis meningitis atau/da ensefilitis.
Untuk mengetahui maklumat degan lebih lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan peneranganyang diperlukan. Terima kasih.