Anonymous
3 tahun
Pesakit lapan bulan menghidapi bipolar disorder
hi doctor . saya ingin bertanyakan soalan berkaitan bipolar.
sekarang ni mak saya disahkan menghidapi bipolar dan dah 8 bulan makan ubat dari hospital. Adakah symptoms seperti ini normal bagi pesakit:
1.selalu jadi binggung& pelupa
2.mata layu & suka cakap merapu
3.pakaian selekeh & tidak peduli dengan penampilan diri
4.rasa resah
Mohon sangat pencerahan dari Doktor.Terima kasih
5 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Bipolar disorder adalah sejenis penyakit mental yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat. Masalah ini digelar bipolar keranan pesakit mempunyai dua keadaan iaitu terlalu gembira (mania) atau terlalu sedih atau kemurungan (depression). Ciri-ciri pesakit yang mengalami masalah ini adalah:
Episod Mania
- Banyak tenaga dan mampu membuat aktiviti dengan lebih banyak
- Terlalu banyak bercakap
- Lebih yakin diri atau “overconfident”
- Kelihatan lebih gembira dari biasa atau terlalu gembira
- Kecelaruan minda (pesakit banyak idea secara tiba-tiba dan akan melakukannya secara tiba-tiba atau melakukan banyak perkara dalam satu masa)
- Kurang tidur
- Mudah hilang fokus
- Membuat keputusan melulu seperti berbelanja dengan boros
Episod Depression
- Kemurungan melampau seperti merasa terlalu sedih, kekosongan, tiada harapan
- Hilang minat atau keinginan untuk melakukan sebarang aktiviti
- Tidak boleh tidur atau terlalu banyak tidur
- Rasa tidak berguna
- Tidak boleh fokus
- Mempunyai niat untuk membunuh diri atau berharap agar dirinya mati
Simptom yang ibu anda hadapi mungkin adalah berkaitan dengan salah satu episod mania atau depresi yang dihadapinya. Dengan rawatan yang konsisten, simptom penyakit ini dapat dikawal. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas perkongsian masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda, simptom-simptom yang dihadapi oleh ibu anda besar kemungkinan berkait dengan masalah bipolar yang dihadapinya.
- Seorang pesakit bipolar terutamanya apabila dalam episod mania, mereka mempunyai fikiran yang berkecamuk. Terdapat banyak perkara yang mereka fikirkan dalam satu masa dan mudah hilang fokus. Apabila keadaan ini terjadi, ia menyebabkan pesakit menjadi bingung dan pelupa.
- Mereka yang mengalami episod mania juga akan lebih banyak bercakapdan selalunya percakapan mereka mungkin sukar difahami oleh orang lain
- Disebabkan oleh terlalu banyak berfikir, mereka juga boleh mengabaikan penampilan diri. Keadaan ini juga boleh terjadi apabila mereka berada dalam episod kemurungan atau depresi.
- Kadang kala perkara sebaliknya boleh terjadi dalam episod mania, dimana pesakit akan lebih yakin diri dan mula memakai pakaian yang berwarna terang dan bersolek.
- Pesakit bipolar juga akan sering resah seperti yang dihadapi oleh ibu anda
Saya sarankan agar anda memastikan ibu anda mengikuti rejim rawatan yang telah digariskan doktor seperti mengambil ubat dan menghadiri sesi kaunseling yang ditetapkan jika ada. Terima kasih.