Sulit
3 tahun
Polycystic kidney desease
Hello doktor. Nama saya syahiran dan berumur 29 tahun. Awal tahun ini saya dapat kencing berdarah dan apabila cek di hospital dktr pakar neofro mengesahkan saya menghidap penyakit polycystic kidney desease since ibu saya pun memang pesakit buah pinggang… pakcik2 saya juga pesakit buah pinggang, mereka juga bergantung dengan dialisis je sekarang. Soalan saya adakah di hari akan datang saya juga perlu melalui fasa dialisis ? Atau ada kemungkinan masih ada jalan diubati ? Contohnya mcm kalau makan pantang pun boleh jadi teruk juga ke ??
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami
Melalui keterangan anda, kami memahami anda mempunyai penyakit polycystic kidney disease dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tiada rawatan bagi penyakit buah pinggang polisistik namun rawatan yang dilakukan adalah merawat simptom-simptom yang berlaku akibat penyakit ini.
Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah:
- Ubat tahan sakit
- Ubat untuk mengawal tekanan darah
- Antibiotik jika dijangkiti jangkitan saluran kencing
- Mengurangkan memakan yang tinggi garam
- Diuretik
Antara komplikasi serius yang boleh berlaku akibat penyakit buah pinggang polisistik adalah kegagalan buah pinggang. Jika kegagalan buah pinggang berlaku doktor akan berbincang dengan anda tentang pilihan untuk mendapat transplantasi buah pinggang atau dialisis.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang masalah kesihatan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.