
Sulit
4 tahun
Puting ada bintik kecil berwarna merah
Saya wanita 24 tahun dan sudah berkahwin . Dua hari lepas saya perasan saya rasa sakit di puting saya selepas dipegang oleh suami. Kemudian bila saya cuba perhati , rupanya , ada bintik kecil merah di puting dan amat sakit bila terkena pakaian seperti baju , kain atau pakaian dalam. Saya risau kanser payudara. Boleh saya tahu puncanya ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ketulan di bahagian puting payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Perubahan hormon
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
- Benjolan tidak dapat digerakan atau digeser
- Benjolan pada ketiak
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari puting
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.