Sulit
3 tahun
Sakit bawah lutut bila lipat setelah lama berdiri n berjalan
Saya berumur 39tahun, masalah saya, saya selalu sakut bawah lutut bila lipat seperti semayang selepas lama berdiri atau berjalan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit lutut. Untuk makluman anda, sakit pada lutut boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah:
- Penggunaan lutut yang berlebihan seperti melakukan aktiviti harian yang melibatkan pergerakan sendi lutut secara berlebihan. Ini akan menyebabkan cecair pada sendi lutut menjadi nipis dan menyebabkan permukaan tulang sendi menjadi mudah terhakis dan rapuh.
- Kekurangan nutrisi dalam badan atau dehidrasi yang boleh menjejaskan rembesan cecair pada sendi lutut sebagai sejenis pertahanan.
- Kecederaan pada lutut
- Masalah pengsarafan pada lutut yang boleh disebabkan oleh kecederaan
- Ketegangan otot atau sendi lutut akibat elektrolit yang kurang dalam badan
- Penyakit sistemik auto-imun seperti penyakit reumatik ( Rheumatoid Arthritis ) yang boleh menyebabkan keradangan pada sendi-sendi seperti lutut, pergelangan tangan dan juga pergelangan kaki
- Penyakit Gout iaitu sejenis penyakit dimana badan anda mengandungi asid urik yang tinggi.
- Keradangan pada sendi lutut yang disebabkan oleh kecederaan atau jangkitan kuman. (Selalunya ia akan berlaku pada satu belah lutut sahaja).
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini sekiranya perkara tersebut semakin teruk dan berlarutan sehingga menggangu aktiviti harian anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!