Sulit
3 tahun
Sakit buah pinggang belum dialysis
Hai doctor, saya nak Tanya jika seseorg Tu sakit buah pinggang (blm dialysis) boleh tak makan CHIA SEED?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan berkaitan buah pinggang.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui sekiranya seseorang sedang menghadapi masalah sakit buah pinggang boleh makan Chia seed.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya seseorang mempunyai penyakit buah pinggang, mereka perlu mengawal pemakanan mereka. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah:
- Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar
- Mengawal tekanan darah dan bacaan gula
- Mengurangkan dan mengawal pengambilan garam
- Elakkan dari mengambil air melebihi had harian yang dinasihatkan oleh doktor
- Elakkan makanan berjeruk
- Elakkan pengambilan sos kerana sos tinggi dengan garam dan juga gula
Tiada sebarang kajian yang telah dijalankan untuk membuktikan kesan pengambilan chia seed kepada penghidap penyakit buah pinggang. Konklusinya, saranan kami adalah pesakit buah pinggang perlu mengelakkan pengambilan makanan yang kaya dengan garam, gula dan elakkan meminum air secara berlebihan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan nasihat mengenai masalah buah pinggang daripada doktor pakar buah pinggang (Nephrologist).